Alhamdulillah… kiosk kami telah beroperasi di plaza mara jalan gambut kuantan. bagi sesiapa yang berminat nak membeli makeup, sila datang ke kiosk kami. untuk membeli secara borong, boleh order di kiosk kami. dari jam 9.00am-6.00pm isnin hingga jumaat.
Sila ambil perhatian, kami hanya menjual barangan ini secara borong berjumlah RM400 keatas sahaja. untuk kurang dari RM400, harga dia adalah lebih mahal sekali ganda dari harga borong. sebagai contoh lipstik RM5.00 menjadi RM 10.00. Itu pun hanya untuk pembelian minima RM200 sahaja. kurang dari itu kami tidak dapat menjualkannya. harap maklum.
kami menjual barangan makeup berjenama secara borong di seluruh malaysia brunei dan singapore. sekiranya anda berminat untuk memborong, sila hubungi kami di talian +60109075499 (kak ila) /+60169366582 (En. maini) .
Syarat untuk mendapatkan harga borong ini mestilah membeli lebih daripada RM400 keatas dan boleh di campur-campur. penghantaran barangan ini melalui pos Laju selepas bayaran diterima sepenuhnya. Harga pos akan ditangung oleh pembeli. Untuk pembeli dari Kuantan, kami boleh terus menghantar barang kepada pembeli.
Sekiranya barang yang ditempah kehabisan stok, kami akan mengantikannya dengan barangan yang lain yang harganya sama dengan harga yang diminta. harap maklum.
Cara pembayaran adalah dengan cara bank in di Bank Islam (pembelian di Malaysia sahaja) atas nama (ROSILA MAKE UP & BUTIK) atau di Maybank (pembelian di Malaysia, Brunei dan Singapura) atas nama (ROSMAINI BIN ABDUL AZIZ) sila call atau sms selepas bayaran dibuat.
REMINDER / PERINGATAN !!!
BARANG YANG TELAH DIJUAL @ DISEDIAKAN TIDAK BOLEH DITUKAR DENGAN WANG TUNAI ATAU DIKEMBALIKAN. INI TERMASUK BARANG GANTIAN (TIADA STOK) SILA PASTIKAN TELEFON ANDA SENTIASA ON UNTUK MEMUDAHKAN KAMI HUBUNGI ANDA SEKIRANYA BERLAKU PERTUKARAN BARANG YANG TIADA STOK. SEKIRANYA KAMI TIDAK DAPAT MENGHUBUNGI ANDA, KAMI AKAN SEDIAKAN BARANG BERKENAAN TAMPA PERSETUJUAN DARI ANDA. DAN BARANG BERKENAAN TIDAK BOLEH DITUKAR BALIK. OLEH ITU PASTIKAN TELEFON ANDA SENTIASA ON. SETELAH BANK INKAN DUIT ANDA, BERMAKNA ADA BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT DIATAS. HARAP MAKLUM.
*SILA AMBIL PERHATIAN. KAMI HANYA MENERIMA BAYARAN/BANK IN ANDA PADA SETIAP HARI JUMAAT SAHAJA SEBELUM JAM 9.00PM. KAMI AKAN MENYEDIAKAN BARANG ANDA PADA HARI SABTU DAN AHAD. BARANGAN ANDA AKAN DI POSKAN SETIAP HARI ISNIN. DAN PADA HARI SELASA ANDA SUDAH BOLEH TERIMA BARANG YANG DI ORDER. HARAP MAKLUM.
PERINGATAN PENTING!!! BERHATI-HATI DENGAN PEMBELIAN DI INTERNET. SILA PASTIKAN PERNIAGAAN MEREKA BENAR-BENAR WUJUD. SILA PASTIKAN IANYA MEMPUNYAI 1. NOMBOR PENDAFTARAN PERNIAGAAN YANG DIKELUARKAN OLEH SSM/SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2. AKAUN SYARIKAT 3. ALAMAT TEMPAT PERNIAGAAN RUMAH/KEDAI 4. DAN LAIN-LAIN BUKTI UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA IANYA WUJUD. INI ADALAH UNTUK MENGELAK ANDA DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN. JANGAN TERLALU GHAIRAH DENGAN IKLAN SEMATA-MATA.
SEMUA GAMBAR YANG DIPAPARKAN DIBAWAH INI HANYALAH CONTOH BARANG-BARANG YANG KAMI JUAL DI BLOG INI. BARANGAN INI SENTIASA BERTUKAR COLOUR, CORAK DAN BENTUK. KAMI TIDAK DAPAT MENYEDIAKAN 100% BENTUK BARANG YANG SAMA SEPERTI DIDALAM GAMBAR INI. STOK YANG SAMPAI SENTIASA BERUBAH-UBAH DARI MASA KE SEMASA. SEKIRANYA ANDA NAK ORDER, SILA BAGI TAHU KAMI HARGA ANDA, JUMLAH PCS, DAN JENIS BARANG. SEBAGAI CONTOH :-
-
50 pcs lipstik any colour
-
20 pcs Eye Shadow 12 colour
-
10 pcs eye liner pencel aloe vera any colour
-
30 pcs blusher any colour
-
50 pcs blusher pop
-
30 pcs compac powder 2 layer
-
10 pcs pcs compac powder 4 layer
-
10 pcs foundation stick
-
5 pcs eye liner liquid
-
10 pcs eye shadow 120 colour
diatas adalah contoh cara untuk anda order…
sila semak barang anda yang telah dihantar/pos disini dengan mengunakan nombor tracking yang diberi. pos laju malaysia
SEMOGA ANDA BERPUAS HATI DENGAN PERHIDMATAN KAMI. KEPUASAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI.























































52 respons untuk “PEMBORONG COSMETIC BERJENAMA”
Eamma Jifli
17 Mei 2010 at 13:48
Saya berminat berniaga make up ni…bagaimana caranya nak order?
noraini
12 Mei 2010 at 16:47
askum saya mahu jadi pemborong. and i from brunei so boleh bagi katalog and harga nya and pls email saya u ada msn on9…?
Amalina
30 April 2010 at 00:57
Salam,Saya dari brunei,nak tanya you ada buat shipping to brunei tak? Im really berminat nak order..
rosilamakeup
30 April 2010 at 23:47
salam… bukan sahaja brunei.. singapore pun akak hantar. kalau lina berminat lina boleh order dalam ‘borang order’ di blog akak tu. tq
via
28 April 2010 at 23:42
saya nak mula kan perniagaan make up.. tp saya kat sabah.. selalunya kos bagi penghantaran pos berapa ya?
rosilamakeup
29 April 2010 at 00:55
untuk penghantaran barang… dia ikut berat barang berkenaan.. dulu akak pernah juga hantar barang ke sana.. kalau tak salah, tak sampai RM50..
Azura
20 April 2010 at 11:43
Salam…
ada stock baru masuk nanti ker?kalau kiter bkn beli borong,harga mcm maner eks?harga di atas tue harga borong ker?
rosilamakeup
20 April 2010 at 15:16
wlkmslm… harga di atas adalah harga untuk jualan borong.. kalau harga biasa, ianya up sekali ganda. sebagai contoh lipstik RM5 jadi RM10. sekiranya zura dari kuantan, zura boleh datang terus ke kedai…
Janamas
14 April 2010 at 17:23
salam kak.. sy baru masuk blog ni.. tak sempat nak baca semua.. kalau nak beli untuk pakai sendiri camane yer? balas cepat ye..
Nina Idrina
31 Mac 2010 at 16:53
salam akak…
saya baru nak berjinak2 nak buat biz ni… so boleh x akak bagi guideline barang mana yg patut saya ambil..? sasaran saya pelajar ipt.. dengan modal rm400 tu apa yg saya leh dapat?
lya
21 Mac 2010 at 21:56
hi kak.. sy nk tny.. kalo sy nk beli bedak, mcmana kita nk tau warna yang ada ye… kak blh email kan sy katalog x?
rosilamakeup
27 Mac 2010 at 00:25
kalau nak beli dedak biasanye dia ada 3 colour.. cerah medium dan gelap..
fisha
19 Mac 2010 at 01:01
salam…saya berminat menjual brg2 mekap MAC ni…masih available ke sume brg2 ni?
tie
16 Mac 2010 at 12:42
salam
kira2 nak ambi barang, masih on tdk jualan akak nie?
rosilamakeup
16 Mac 2010 at 14:39
akak masih lagi aktif dalam perniagaan ini.
ayu
14 Mac 2010 at 21:38
akak saya berminat nak jadi pemborong. harga di atas tu harga borong ke
rosilamakeup
16 Mac 2010 at 14:40
harga di atas adalah semua harga borong…
klopis
27 Januari 2010 at 20:42
hai..
kak sy baru nak mula berniaga..tapi sy berniaga through online la..mean my website..harga yang kat atas semua ni harga borong ke atau harga biasa?
liza
4 Januari 2010 at 20:13
salam. kak jenama maybelline tak ada ker? macam mne plk harga untuk pembelian sendiri???
syuhada
4 Januari 2010 at 02:10
saya berminat nk beli borong kosmetik nie..saya d sarawak..
asa mcm nk jual kosmetik parttime utk tambah duit poket…
tapi saya x tahu mcm mana nk mulakan..n apa yang patut saya beli dgn modal minimum rm400…akak email saya leh x?
Noora
2 Disember 2009 at 21:22
Salam Kak Ros,
Terima kaseh berbanyak akan prihatin akak dgn barang yg kami order kemarin. Kesemua barang yg diorder, diterima dgn keadaan yg baik tiada cacat-cela. Cara akak packed barang amat kami puji, kotak yg berisi penuh dengan sponge untuk buffer barangan yg fragile dari hancur berderai.
Saya recommend dan guarantee Kak Ros give 100% first-class service pada customernya dan pasti tidak kecewa. Pembekal yg penuh prihatin dan menitiberat pada apa yg dijual.. Syabas Kak Ros, thumb-UP for your excellent service !!!
Dari kami:
Noora & Raihanbul
S’pore/JB
rosilamakeup
2 Disember 2009 at 21:59
terima kasih tak terhingga atas pujian ini. alhamdulillah kerana noora berpuas hati dengan perhidmatan rosilamakeup & boutique.
cathy
24 November 2009 at 14:17
hye,kak..colour lipatick mac tu berapa?
daffi
15 November 2009 at 22:03
salam kak….
brg2 yg sy order dh selamat smpai…
sumanyer ok…
dgn ini bermulalah langkah pertama kami untuk mulakan perniagaan(kecil2an)doakan kami berjaya…………
rosilamakeup
15 November 2009 at 22:56
akak doakan semoga daffi berjaya dalam usaha daffi. usaha tangga kejayaan… gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. yang penting jujur dan ikhlas.
noor
15 November 2009 at 15:16
blog yang satu lagi tak aktif mcmna nak order barang bagi keperluan sendiri?
cathy
12 November 2009 at 17:04
hi..nak tau…lipstik mac.. ade brape warna?.. TQ
rosilamakeup
12 November 2009 at 17:13
banyak… seperti yang ada dalam pasaran…
yats
12 November 2009 at 15:30
Salam, busines lum kencang lg, xpela pelan2 doa la sye berjaya ye.
yats
9 November 2009 at 06:51
Salam kak ila brang dah sampai, cantik semua sye dah start meniaga dah, Terima Kasih Ye Lain kali boleh berurusan lg.
rosilamakeup
9 November 2009 at 12:38
alhamdulillah…. ok ke bisnes?
yats
3 November 2009 at 07:27
Salam, akak, limit dia memang kene RM400 ke nak beli borong? budget ciput la kak? leh kasi kurng sket tak limit nak beli brng borong 2? Terima Kasih
Haris
30 Oktober 2009 at 14:19
Assalamualikum,
Bisnis yang bagus. Saya akan mempelajari barang barang yang ditawarkan , suatu saat saya akan pasarkan di Makassar.
Promosi yang bagus untuk Makassar/Toraja. Moga2 banyak peminat
fazz
23 Oktober 2009 at 13:19
salam kak..saya baru nak mula buat bisnes..salah satunya nak buat bisnes make up..bila terbaca web akak saya terfikir nak order ngan akak tp musykil skit laa kak, kenapa harganya murah sedangkan kita tahu jenama ni memang mahal……..
rosilamakeup
23 Oktober 2009 at 14:15
salam… terima kasih atas soalan adik… memang benar jenama ni memang mahal, akak rasa semua orang tahu. barang MAC yang original, compac powder dia sahaja dah dekat RM100. barang akak ni murah sebab akak ambil terus dari pengilang dan tiada guna orang tengah. lagi pun barang akak ni adalah gred A. untuk pegetahuan adik.. sebelum ni akak pakai MAC yang original (beli di KLCC), tertapi setelah akak guna MAC ini, qualitynya hampir sama yg original, baik akak pakai yang ini. murah dan berjenama. mampu dimiliki oleh sesiapa saje. setelah akak tahu qualitynya, akak buat keputusan untuk menjualnya. adik jangan risau, akak dah tiga tahun berniaga barang ni. tak pernah ada masalah pun akak dan pelangan akak pakai. kalau tiada sambutan, dah lama dik akak lingkup.. tapi adik kena ingat, barang ni pun dia ada yang gred B dan C. seelok2nya adik ambil lah gred A. yang B dan C quality kurang memuaskan, kerana kalau pakai ianya tidak lekat lama. sebenarnya barang ini tak boleh buktikan dengan kata2, adik beli pakai baru lah adik dapat buktinya. sepanjang mana pun akak tulis adik tak tahu qualitynya. adik pakai sendiri baru tahu. buat apa kita membazirkan duit kita semata2 nak beli yang berjenama. sedangkan yang murah ada. berjenama jugak kan. janji qualitynya bagus. itu yang penting. tepuk dada tanya selera. harap adik berpuas hati dengan penjelasan akak..
syikin
19 Oktober 2009 at 05:03
salam…. alhamdulillah kak, barang hari tu dah habis.. saya nak buat order lagi ni. harap stok banyak lagi. esok saya hantar email order. tq kak..
rosilamakeup
19 Oktober 2009 at 05:07
ok… akak tunggu email syikin..
suriati
17 Oktober 2009 at 16:09
akak tq… barang saya dah sampai td. esok saya dah boleh niaga. semua elok kak. takde satu pun pecah. time kasih…
rosilamakeup
17 Oktober 2009 at 16:11
Alhamdulillah…
daffi
17 Oktober 2009 at 13:59
salam,
nk tanya ckt.boleh sy tau produk nie dtg dr negara china ke?
sbb org ckp produk tersebut kurang kuality..sbb sy skg nie dlm cuba2 tok berniagaan secara smbilan.tima kasih
rosilamakeup
17 Oktober 2009 at 16:24
salam…. sebenarnya barang dari china bukannya semua tak elok dan kurang kuality. barang china pun ada gred2 jugak. kalau barang gred c memang kualitynya kurang. tapi kalau gred A yang akak ambil ni semuanya ada kuality. akak nak cakap kat sini pun susah jugak.. kalau tak caya cuba adik beli dulu untuk pakai sendiri, baru adik tau kuality dia. tp kalau beli untuk pakai sendiri harga dia lain, tak sama yang ada dalam blog tu. sebab benda ni tak boleh cakap dengan kata2. adik cuba dulu baru adik tahu.. kalau tak kuality dah lama akak gulung tikar dik. ni tak sambutan hangat juga… akak dah 3 tahun jual dik, mak andam pun ambil barang dengan akak dik.
daffi
18 Oktober 2009 at 07:05
bkn aper,sy cuma nk tau je..kalu cam tue,pe2 hal nnt sy contac akak yea.trima kasih diatas penjelasan akak.
yatie
15 Oktober 2009 at 06:33
akak saya baru nak start dalam perniagaan jualan makeup nih..
hmmm pada barangan makeup ni ada sertakan manufacturing date dia tak?..sebab mostly orang akan lihat pada manufacturing date takut sudah expired.slalunya brangan make up tahan selama 3tahun dr tarikh manufacturing date.
klu xada aral saya akan membeli brang akak secara borong
rosilamakeup
15 Oktober 2009 at 15:49
terima kasih atas pertayaan yatie ni… untuk pengetahuan yati.. barang akak jual ni semuanya tiada exp date.. tertapi kebiasaannya barang yang dah exp date dia berdebu dan tak lekat lama bila dipakai atau ia menjadi keras… barang cosmetic akak jual ni semua yang baru-baru. kalau yati dah terima barang nanti yatie boleh lihat sendiri quality nya. setakat ini belum pernah lagi pelangan akak mengadu tentang barang akak ni dah exp. nanti yati tgk sendiri ye… tq
RF
28 September 2009 at 08:26
Kak kalau boleh adakan segala MAC brush set dan bag mekap mac, kalau ada..
rosilamakeup
28 September 2009 at 10:21
memang ada…insyaallah nanti akak akan masukkan dalam blog ni.. tq
faizah
27 September 2009 at 02:08
salam…. terima kasih byk2 kak.. bagus lah akak barang ni, saya pakai pagi sampai malam warna dia kekal. macam cosmetic mahal hehehe… time kasih kak.. nanti saya order lagi.
rosilamakeup
27 September 2009 at 02:16
tu lah… kan akak dah kata, barang akak jual ni memang baik.. gred A. oklah akak tunggu order faizah lg. tq.
nor ain
26 September 2009 at 06:13
akak.. saya happy sangat, barang dah sampai.. akak tolong simpan e/s mac 48 colour tu.. nanti saya order dengan yang lain tq…
rosilamakeup
26 September 2009 at 06:31
alhamdulillah… nanti akak simpankan e/s tu..
syikin
26 September 2009 at 05:52
terima kasih akak… barang saya dah sampai tadi. semuanya elok2. tq
rosilamakeup
26 September 2009 at 06:29
sama2… semoga syikin berpuas hati dengan perhidmatan kami.